Dalam Kenangan

Barisan Depan Dari Kanan : Nazirah Khalili, Suhaila, Roziah, Salmah Niza, Nor Aitika, Azwa, Zakiah

Barisan Kedua : Salmiah, Noraini, Haslin, Faizah, Nor 'Aziyah, Siti Aisyah, Nor Zarifah, Kharni, Siti Fatimah

Barisan Ketiga : Khairul Munir, Jamaluddin M, Rosdi, Husni, Mat Nasir, Adnan, Ikram, Razuan, Jamaluddin Y

Barisan Belakang : Rozian, Shariff, Hasmadi, Johan, Nasaruddin, Ibni Hajar, Huzaid, Zaid, Fadhli, Yusoh

Tiada Dalam Gambar : Wan Mohd Sukri, Lela Natrah, Manisah, Asrul

Jom Bagi Ikan Makan.

Ahad, 28 Disember 2008

Jom Buat Duit

Salam Sejahtera sahabat...



Miliki koleksi produk digital dengan harga yang murah
sambil berpeluang menjana pendapatan

Pengenalan>
Memperkenalkan "Koleksi Produk Digital" ClubRM.com,
hanya dengan RM10.00 untuk anda memilikinya,
harga yang sangat rendah dari nilai sebenar produk ini,


Peluang Menjana Pendapatan>
Setelah anda membeli produk ini, secara automatik anda akan
mendapat website affiliate peribadi, ini bertujuan untuk memudahkan
anda jika mahu mempromosikan perniagan ini, namun terpulang pada anda samaada
ingin mempromosikan atau tidak, anda tetap mendapat produk dengan modal
yang anda keluarkan maka anda tidak akan kerugian

Komisyen>
Sekiranya anda berminat untuk mula menambahkan pendapatan di sinilah merupakan
peluang terbaik buat anda, komisyen RM2.00-RM1.00 bagi setiap orang yang membuat
pembelian pada website affiliate anda sehingga 6 level, tiada had penajaan di level pertama,
ini bermakna pendapatan anda "TIADA HAD MAKSIMUM"

Kunjungi Website saya :
http://clubrm.com/?ref=722


Sukses Selalu!


Hasmadi Amzat
http://clubrm.com/?ref=722

Nak tau lebih lanjut boleh tanya kat Dr. Fadhli

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010

Pendahuluan

Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan.
Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

1. Membina negara bangsa

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan.
Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah :
· Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.
· Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
· Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
· Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.

2. Membangunkan modal insan

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah :

· Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan
pelajar

- KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

· Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran
- Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.

· Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan
- Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan.
Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.

· Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik
- KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain.

· Memantapkan program kokurikulum dan sukan
- Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri. Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah.

· Memperkukuh disiplin pelajar
- Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

· Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan
mempelbagaikan saluran aduan terus
- Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

· Memantapkan kurikulum
- Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah.

· Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi
- Ini akan dilakukan dengan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan.

3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :
· Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
· Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.
· Beraspirasi nasional.
· Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
· Pencapaian akademik cemerlang.
· Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
· Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
· Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.
· Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
· Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar

PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastrukturdan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).

5. Memartabatkan profesion perguruan

Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan memberi fokus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan bandar besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.

6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.

Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen berikut : · .
. Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).
· Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru, pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).

Kesimpulan

Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara.

Sumber maklumat :
Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam Tahun Baru...


Bismillah...Aku mulakan coretan ini dengan lafaz ucapan syukur kehadrat Allah Taala, kerana dengan takdirNya tahun 2008 dilabuhkan dengan takdir yang baik bagiku..dan kuharap jua kepada rakan-rakan yang membaca coretan ini semoga kebaikan sentiasa bersama dengan kalian.

Alhamdulillah...banyak kenangan manis yang ku perolehi di sepanjang tahun ini, begitu juga kenangan pahit...tetapi biarlah kepahitan ini ku simpan dalam diariku...apapun kenangan sewaktu bersama kalian PKPG 2005-2008 tetap tersemat kukuh di ingatan ini..

Pada tahun 2008, dengan izinNya hampir 80% azam yang ku semat telah dapat kucapai...tuhan memberikan kesempatan kepadaku untuk menggenggam segulung ijazah yang semestinya kalian juga idamkan selain itu melawat satu-satunya negara Eropah yang menerima tinggalan Islam sehingga ini juga telah dapat ku capai...cuma, aku belum benar-benar bersedia untuk menjadi seorang guru sek. menengah memandangkan 'kejutan' yang ku lalui yang kalian tahu ia takkan sama seperti mengajar budak sek. rendah.

Bagiku, kenangan 3 tahun menambah ilmu cukup mematangkan aku, aku mendapat ilmu yang sangat bermanafaat..dan juga aku mengenali erti persahabatan yang erat serta...dan tak lupa berhadapan dengan kalian yang pelbagai rencah ragamnya.. Apapun, aku cukup menghargainya...kalian adalah Kenangan Terindah bagiku...

Selamat tinggal 2008 dalam lipatan hidupku...moga Allah merahmati kita...ahlan wasahlan 2009 bersamaan 1430 hijriah, semoga pada tahun baru ini memberikan rahmat buatku...dan pada teman - teman yang membaca coretanku ini, semoga pada tahun ini membuka satu dimensi dalam kehidupanku untuk menjadi pendidik yang cemerlang terutama amanah yang diberikan kepadaku menjadi guru disiplin serta kerja keras buat anak didik ku yang mengambil SPM 2009 dan semoga pentadbir melihat kewibawaanku sebagai penyelaras KAA ( adussss... ) serta dapat ku sambung minatku yang mendalam dalam dunia kepengakapan, aku juga mendoakan semoga pada tahun baru ini, Allah Yang Maha Kaya memberikan izinNya untukku berusaha menjadi tetamuNya...dan tak lupa kepada teman-temanku semoga kalian jua begitu.
Aku bermohon jua pada Allah semoga diriNya melindungi umat Islam terutama umat Palestin yang dianiaya..dan jua kepada umat Muhammad yang ada dimana -mana.

Salam Tahun Baru kepada teman-temanku...yang baru mendirikan rumahtangga, jadikan tahun baru ini sebagai semangat untuk menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, yang baru mendapat cahayamata, jadikan diri kalian ayah/ibu mithali dan yang akan melangkah ke alam rumahtangga...berhati-hatilah selalu, dan perbanyakkanlah munajat kepada Allah Yang Esa, moga jodoh kalian berpanjangan..Insyaallah

Semoga tahun ini ( 2009 ) merupakan hijrah yang terbaik bagi kita semua menjadi mukmin yang sejati. Kalian akan sentiasa dalam doaku...




Rabu, 10 Disember 2008

Panduan Membuat Blog Individu

Oleh kerana kita seme baru cuba2 untuk menjadi blogger dan masih lagi blur dan kabura, kat sini saya kongsikan satu blog yang dibina khas dalam bahasa melayu supaya boleh kita jadikan rujukan dan panduan dalam membuat dan membina blog masing-masing dengan penuh kreatif dan inovatifnya.

Tujuan utama Blog Bedtasl ni dibina ialah untuk dijadikan sebagai penghubung dengan blog2 personal kita. Alang-alang masing-masing dah create blog jadik inilah peluang untuk kita bina blog masing2 dengan cara kita sendiri.

Panduan ni baru saja saya jumpa sebentar tadi iaitu : http://panduanpemblog.blogspot.com/

Diharapkan lepas ni kita sama2 dapat create blog individu dengan lebih mudah.

Selamat mencuba.

*Boleh juga klik terus link di bahagian website di sebelah kanan blog ini.

Isnin, 10 November 2008


terbaru dari ku... gambar sengaja dibluekan.... supaya nampak lebih natural beauty kata org...

sekolah men sungai kob yg jelita


salam buat kawan2 tersayang. 

antum rindu kat paksu yang jelita nan anggun ni tak ?,,, atau pun antum semua rindukan suara merdu dr. yusnan. begitu juga dr. zahiri ( pada insan tertentu sahaja ) ? paksu faham....ye la masing2 dah ada kehidupan sendiri. erm, ada ms lapang cket ni dapat la p.su

tinggai jejak ckit2,,,,,, 

Khamis, 16 Oktober 2008

sarip braye ke umahku





slamat hari raye.maaf zahir batin. aku skrg wat buku wirid utk pelajr sek men, surah2 hafazn ting 1-3,surah2 hafazn ting 4-5,naskhah yaasiin.sek sarip dah ode utk thun dpn. cover boleh tukar gmbr sek ke,tp design sndiri lah.harga antara dari rm4.ada blog tp xrmai yg tgk.sape2 nk bleh call aku 019 2839088

Sabtu, 20 September 2008

Terkenang semasa dulu....


Sementara nak masuk subuh ni..aku teringat pengalaman posa dengan kalian, terutamanya dengan roommate aku..sapa lagi kalau tak si antu kecik dan antu besar ( istilah utk yang memahami)..kalau difikirkan memang indah...time bersahur dengan mata separa terbukakk, apatah lagi kalau terlambat bangun...belasah jer apa yang sempat ( nasi sejuk, jeruk petai, tempoyak, budu air tangan kak su) akan sentiasa aku ingat.
Time berbuka pun seronok...lagi-lagi kalau join dengan kak Pah and the gang yang terkenal suka beli juadah berbuka yang pelbagai ( tapikan kalau tak habis, ia akan selalu 'dilicinkan' oleh 'pekerja-pekerja' ahli majlis daerah dengan diketuai oleh Ahli Majlis Daerah Jeli)...haa kalau korang nak tahu..aku paling suka tengok muka kak Pah kalau berbuka...lagi kalau makanan tu sedap...he he he dia akan makan dengan lajunya tanpa menghiraukan alam sekeliling...( kak Pah soorryyy)
Antara kenangan terindah aku berpuasa dekat asrama...masa aku mengandung Najmi...walaupun kelas aku cukup banyak
( Maharah ) tapi aku bahagia..sihat, kuat dan tak tinggal posa...paling best bila kak wa & kak su belikan pizza
( my favourite ) bila berbuka...dan yang teruji setiap kali masa nak berbuka aku selalu kena marah sebab kuat minum ais...siap gigit macam gula-gula air batu tuu..kekadang mereka tu sampai sorokkan sebab tak nak bagi aku minum...aku merayu-rayu pun korang tau je laa..kena maki jer dengan si kecik tuu ( dia peduli apa) tapi aku tak penah amik hati...
Oklah dah masuk waktu subuh nii..moga bertemu pada coretan yang lain...salam rindu untuk kalian semua

Terkenang semasa dulu...
Hatiku menjadi rindu...

Mungkinkah akan bertemu...
Padamu penawar hatiku...

Khamis, 18 September 2008

Cubaan Pertama



Ini first time aku try guna adobe photoshop, tadi aku carik software dia kebetulan ada lam salah satu dvd software aku, aku terus la install dan explore sendiri, inilah hasilnya setelah aku try & error, nak secanggih yang mini ko buat aku belum mampu, sekurang-kurangnya berjaya jugak aku gunakan program yang aku belum pernah belajar sebelum ini hehehe

Selasa, 16 September 2008

salam. yang kurindui...semua kengkawan, Pekabo ??? ah...kangan bangat pada kenangan2 manis kita

Ahad, 14 September 2008

Tengoklah wajahku



Bahana orang tak tunggu kawan. Aku lagi terer ahh...aku tak bangga. Ini kurniaan Allah. Aku dah lama dah grad. Mintak kwn2 yang takde gambar di atas, ngko bubuh gambar dia mcm gambar aku. Aku taknak tunjuk aku terer pd ngko..harap maklum. Maaf zahir batin.

salam buat kengkawan yang dikasihi...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak

POSTING

Bermula 3 Julai lalu masing2 telah mula melangkahkan kaki semula ke sekolah sebagai pendidik, ramai di antara kita dipostingkan ke sekolah yang tidak mempunyai Bahasa Arab. Macam2 pengalaman di sekolah dan tempat baru kita rasai.

Situasi baru, suasana baru, persekitaran baru. Ayuh kenkawan kongsikan bersama di sini, jika ada gambar sekolah pun boleh upload sekali.

Selamat Bertugas

Jumaat, 12 September 2008

Konvokesyen

UIAM telah mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-24 pada tahun ini, bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan UIAM, semua graduan telah diberikan penghormatan merasmikan jubah baru.
Graduan dari Institute Of Education (INSTED), mengenakan hud (Hood) berwarna biru.

*Tengok la gambar kami ni yang lain jangan jeles yer hehehehe


24 Ogos 2008 Grad Sheikh

Jumaat, 14 Mac 2008

TASL BLOG

Blog ini dibina untuk warga B.Ed TASL, semoga persahabatan yang terjalin selama ini akan tetap kukuh dan tidak terputus sebaik sahaj masing-masing melangkahkan kaki meninggalkan Kampus UIAM untuk menjalankan tugas di tempat masing-masing.

Segala sumbangan untuk blog ini amatlah dialukan, blog ini akan diupdate dari masa ke semasa.

Kepada yang ada email boleh la berikan kepada saya untuk dimasukkan ke sini supaya memudahkan rakan-rakan lain untuk menghubungi.