Dalam Kenangan

Barisan Depan Dari Kanan : Nazirah Khalili, Suhaila, Roziah, Salmah Niza, Nor Aitika, Azwa, Zakiah

Barisan Kedua : Salmiah, Noraini, Haslin, Faizah, Nor 'Aziyah, Siti Aisyah, Nor Zarifah, Kharni, Siti Fatimah

Barisan Ketiga : Khairul Munir, Jamaluddin M, Rosdi, Husni, Mat Nasir, Adnan, Ikram, Razuan, Jamaluddin Y

Barisan Belakang : Rozian, Shariff, Hasmadi, Johan, Nasaruddin, Ibni Hajar, Huzaid, Zaid, Fadhli, Yusoh

Tiada Dalam Gambar : Wan Mohd Sukri, Lela Natrah, Manisah, Asrul

Jom Bagi Ikan Makan.

Sabtu, 20 September 2008

Terkenang semasa dulu....


Sementara nak masuk subuh ni..aku teringat pengalaman posa dengan kalian, terutamanya dengan roommate aku..sapa lagi kalau tak si antu kecik dan antu besar ( istilah utk yang memahami)..kalau difikirkan memang indah...time bersahur dengan mata separa terbukakk, apatah lagi kalau terlambat bangun...belasah jer apa yang sempat ( nasi sejuk, jeruk petai, tempoyak, budu air tangan kak su) akan sentiasa aku ingat.
Time berbuka pun seronok...lagi-lagi kalau join dengan kak Pah and the gang yang terkenal suka beli juadah berbuka yang pelbagai ( tapikan kalau tak habis, ia akan selalu 'dilicinkan' oleh 'pekerja-pekerja' ahli majlis daerah dengan diketuai oleh Ahli Majlis Daerah Jeli)...haa kalau korang nak tahu..aku paling suka tengok muka kak Pah kalau berbuka...lagi kalau makanan tu sedap...he he he dia akan makan dengan lajunya tanpa menghiraukan alam sekeliling...( kak Pah soorryyy)
Antara kenangan terindah aku berpuasa dekat asrama...masa aku mengandung Najmi...walaupun kelas aku cukup banyak
( Maharah ) tapi aku bahagia..sihat, kuat dan tak tinggal posa...paling best bila kak wa & kak su belikan pizza
( my favourite ) bila berbuka...dan yang teruji setiap kali masa nak berbuka aku selalu kena marah sebab kuat minum ais...siap gigit macam gula-gula air batu tuu..kekadang mereka tu sampai sorokkan sebab tak nak bagi aku minum...aku merayu-rayu pun korang tau je laa..kena maki jer dengan si kecik tuu ( dia peduli apa) tapi aku tak penah amik hati...
Oklah dah masuk waktu subuh nii..moga bertemu pada coretan yang lain...salam rindu untuk kalian semua

Terkenang semasa dulu...
Hatiku menjadi rindu...

Mungkinkah akan bertemu...
Padamu penawar hatiku...

7 ulasan:

awa berkata...

ooo...kutuk den yo. dah ngko tu ngade2, kata tak lalu berbuka konon kalau x dpt minum ais. Bila aku sorok ais...lagi banyak ngko makan nasi campur budu cap jari gebu suhaila...he3x. Mana sedap...ais ke budu berjari ??? Hai...cerita pasai budu sedih pulak...coz bekalan budu den dah habis. tp x pe aku tgh tungg..ada org janji nk kirim petai yg katanya tgh berlambak kt rembau tu...

Lela Natrah Anuas berkata...

Dia ni tau antar komen ke takk...bondo eh samo...berlambak-lambak..goli den...oii madi, engko ajarlah kak wa kau ni buek dan komen kek blog...sian den nengok eh

B.ED TASL berkata...

Takpo kak wa, kito samo blaja, den dah remove comment kak wa tu tinggal so jo laie...

Lopeh ni kakwa try la update blog kakwa tu yo alang2 dah create, bukan apo muleh gak tau perkombangan memasing, melalui blog2 individu, dan yang ni jadi penghubungnyo

Tanpa Nama berkata...

woit, korang ajarlah aku macam mana nak guna blog ni. tak reti la aku blog blog ni. kalu suruh beki komputer reti la aku. ni pun aku try ajer ni. cikgu lela macam terer je ber'blog' ni. boleh la ajr aku ye cikgu.

Tanpa Nama berkata...

aku dah register dan dah create dah akaun, tapi tak kuar pun nama aku kat depan tuuu, jeles betullah aku kat korang ni. madiiiii, ajarlah aku.

Tanpa Nama berkata...

aku tengok alamat emel aku kat depan tu silaplah. madi, mu tolong betulkan balik yeee. mofalss@hotmail.com, kalau yahoo boleh gak, tapi ada .my kat belakang tu. mofalss@yahoo.com.my

B.ED TASL berkata...

ok padli, nanti aku betulkang, aku pung lamer doh dok jenguk sini, aku kat sandakan lagi nih, khamis baru balik kelumpo