Dalam Kenangan

Barisan Depan Dari Kanan : Nazirah Khalili, Suhaila, Roziah, Salmah Niza, Nor Aitika, Azwa, Zakiah

Barisan Kedua : Salmiah, Noraini, Haslin, Faizah, Nor 'Aziyah, Siti Aisyah, Nor Zarifah, Kharni, Siti Fatimah

Barisan Ketiga : Khairul Munir, Jamaluddin M, Rosdi, Husni, Mat Nasir, Adnan, Ikram, Razuan, Jamaluddin Y

Barisan Belakang : Rozian, Shariff, Hasmadi, Johan, Nasaruddin, Ibni Hajar, Huzaid, Zaid, Fadhli, Yusoh

Tiada Dalam Gambar : Wan Mohd Sukri, Lela Natrah, Manisah, Asrul

Jom Bagi Ikan Makan.

Sabtu, 7 Mei 2011

Asal Usul Hari Ibu

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Khamis, 21 April 2011

Cara dapatkan Hindi Number Microsoft Office 2007

Den nak share skit cara untuk dapat nombor Hindi dalam words. bagi Microsoft Office 2007 laie pun ada beberapa orang yang tanya jadik tulih kek sini muleh la buek rujukan bersama.
First step bukak la words tu dulu. Pehtu lihat sebelah kiri atas tu ada logo microsoft office 2007 dalam icon bulat. Jangan malu2 untuk klik kat situ.
kendian tengok kat bawah skali ada tertulis, Word Options sila la klik situ yer.
bila dah kuar paparan word options sila carik Advanced pastu scroll la ke bawah skit , kat area show document content tu carik Numeral dan tukarkan petak sebelah dia tu kepada Context dan klik ok.

selamat mencuba, kalau tak berjaya jugok bako jer komputer tu, tak pon baca jampi pelawok pelawok nambalas ratus kali.

Untuk Microsoft Office 2010 sila rujuk dengan Cik Kiah, dio pakai version ni.

Khamis, 14 April 2011

SEJARAH RINGKAS WAHABIYYAH

Sejarah Ringkas Ajaran Wahhabi

Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1206H) yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka. Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri.

Saudara kandungnya Syeikh Sulayman bin ‘Abd al-Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulayman tersebut: Fasl al-Khitab Fi al-Radd ‘Ala Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan al-Sawa‘iq al-Ilahiyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyah.

Bapanya juga iaitu ‘Abd al-Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama:

“Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ini”.

Sebagai bukti sila rujuk kitab al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah cetakan Maktabah Imam Ahmad, muka surat 275. Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi

Mufti Mazhab Hanbaliyy, Muhammad bin Abdullah bin Hamid al-Najdiyy (1225H) menyatakan dalam kitabnya al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah, muka surat 276:

“Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh.”

Mufti Mazhab Syafi‘iyy, Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) yang merupakan tokoh ulama Makkah pada zaman Sultan ‘Abd al-Hamid menyatakan dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyyah, muka surat 42:

“Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik.”

Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Ta’if. Sila rujuk kitab Umara’ al-Balad al-Haram, muka surat 297 – 298, cetakan al-Dar al-Muttahidah Li al-Nasyr.

Tokoh Wahhabi, ‘Abd al-Rahman bin Hasan Al al-Syeikh mengkafirkan golongan al-Asya‘irah yang merupakan pegangan umat Islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tawhid muka surat 353 cetakan Maktabah Dar al-Salam Riyadh.

Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Salih bin Fawzan al-Fawzan turut menghukum golongan al-Asya‘irah sebagai sesat aqidah dan bukan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam, muka surat 32, cetakan Ri’asah ‘Ammah Li al-Ifta’ Riyadh.

Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama Islam bahkan umat Islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya:

“Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik.”

Dan Wahhabi ini berani juga mengkafirkan ibu Bani Adam iaitu Sayyidatuna Hawwa dengan kenyataannya:

“Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawwa.”

Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad al-Qanujiyy antara yang hampir dengan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya al-Din al-Khalis, juzuk 1, muka surat 140 dan 160, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Maka fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama membongkar untuk diperjelaskan memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini turut bertunjang kepada pemikiran Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Kharijiyy (al-Jawziyy) antaranya:
Membawa konsep bid‘ah yang bercanggah dengan jumhur ulama.
Mempromosi bid‘ah dalam usul (aqidah) dan furu‘.

Percanggahan Dalam Masalah Aqidah:
Membawa kaedah tawhid “Tiga T”; Tawhid Uluhiyyah, Tawhid Rububiyyah dan Tawhid Asma’ Wa Sifat, penyelewengan mereka dalam hal tersebut adalah kerana membeza-bezakan antara Tawhid Uluhiyyah dengan Tawhid Rububiyyah sehingga menghukum kesemua orang kafir juga beriman kepada Allah serta menetapkan Tawhid Asma’ Wa Sifat dengan erti yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah sejati bahkan lebih menjerumus kepada aqidah tajsim yang ditolak oleh ulama Islam, pembahagian tawhid mereka tersebut tidak pernah wujud di dalam sejarah ilmu tawhid Ahli Sunnah Wal Jama‘ah tulen.
Membawa fahaman “tajsim” dan “tasybih” iaitu menjerumus kepada menjisimkan Allah dengan mengatakan Allah itu adalah jisim dan menyamakan Allah dengan makhluk seperti menyifatkan Allah dengan sifat mulut, telinga, bayang-bayang dan selainnya dari sifat yang tidak pernah Allah nyatakan dalam al-Qur’an mahupun al-Hadith.
Menolak pengajian sifat dua puluh (20).
Menghukum syirik amalan tawassul, tabarruk, ziarah kubur dan istighathah.
Mengkafirkan dan mem-bid‘ah-kan ramai ulama-ulama yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ariyy, perumus aliran Ahli Sunnah Wal Jama‘ah, Imam Nawawiyy dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy turut dihina oleh kelompok Wahhabi.
Mengelirukan pengertian ta’wil, ta‘til dan tafwid.
Mendakwa dari golongan Salaf.
Mendakwa sesiapa yang mentakzimkan Nabi Muhammad membawa kepada syirik.

Percanggahan Dalam Furu’ Iaitu Cabangan Agama:
Menganggap talqin sebagai bid‘ah sesat.
Mengganggap amalan tahlil, Yasin, kenduri arwah sebagai bid‘ah sesat.
Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.
Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid‘ah sesat.
Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.
Menganggap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid‘ah sesat.
Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Qur’an dan hadith sebagai bid‘ah sesat. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid‘ah yang haram.
Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.
Menolak sambutan mawlid nabi, bahkan menolak cuti sempena hari mawlid Nabi Muhammad bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlid Nabi dengan perayaan Kristian.
Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama mereka menyeru agar makam Rasulullah dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik.
Menganggap amalan menziarahi makam Rasulullah, para anbiya’, awliya’, ulama dan salihin sebagai bid‘ah sesat lagi syirik. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi yang muktabar.

Sumber:http://www.al-azim.com/masjid/index.php

Rabu, 1 Disember 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijriyah


DOA AKHIR TAHUN dan AWAL TAHUN -

Selasa, 24 Februari 2009

Tahniah Usin


Tahniah Usin, den dah dapek kad jomputan kawen si usin ni ha...
Paksu... Hang bila plak nak bagi kami kad jemputan

Jumaat, 23 Januari 2009

salam...selamat bercuti raya cina pada suma kengkawanku

Ahad, 28 Disember 2008

Jom Buat Duit

Salam Sejahtera sahabat...



Miliki koleksi produk digital dengan harga yang murah
sambil berpeluang menjana pendapatan

Pengenalan>
Memperkenalkan "Koleksi Produk Digital" ClubRM.com,
hanya dengan RM10.00 untuk anda memilikinya,
harga yang sangat rendah dari nilai sebenar produk ini,


Peluang Menjana Pendapatan>
Setelah anda membeli produk ini, secara automatik anda akan
mendapat website affiliate peribadi, ini bertujuan untuk memudahkan
anda jika mahu mempromosikan perniagan ini, namun terpulang pada anda samaada
ingin mempromosikan atau tidak, anda tetap mendapat produk dengan modal
yang anda keluarkan maka anda tidak akan kerugian

Komisyen>
Sekiranya anda berminat untuk mula menambahkan pendapatan di sinilah merupakan
peluang terbaik buat anda, komisyen RM2.00-RM1.00 bagi setiap orang yang membuat
pembelian pada website affiliate anda sehingga 6 level, tiada had penajaan di level pertama,
ini bermakna pendapatan anda "TIADA HAD MAKSIMUM"

Kunjungi Website saya :
http://clubrm.com/?ref=722


Sukses Selalu!


Hasmadi Amzat
http://clubrm.com/?ref=722

Nak tau lebih lanjut boleh tanya kat Dr. Fadhli